Imam Mahdi a.s dan status kenabian.

Ramai diantara kita pasti tertanya-tanya berkenaan Imam Mahdi a.s. Apakah beliau a.s merupakan seorang nabi? Khalifah? atau Mujaddid?

Apakah status sebenar Imam Mahdi a.s buat umat Islam?

Persoalan ini akan tampil dengan jawaban yang subjektif menurut umat Islam tidak kira dari mazhab atau aliran mana sekalipun.

Kali ini saya akan mengulas tentang status Imam Mahdi a.s apakah beliau itu nabi menurut perspektif fahaman Jemaat Ahmadiyah. Posting ini kemungkinan akan ditulis secara bersiri, kerana pengisisan padat ini tidak mungkin akan difahami dalam satu penulisan sahaja.

Sebelum ulasan dilanjutkan, persoalan utama yang perlu dicerna supaya lebih memahami pengertian kenabian terhadap Imam Mahdi a.s adalah berkenaan status Imam Mahdi a.s samada beliau tampil sebagai umat Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w.

Apakah pengertian yang kita faham berkenaan Imam Mahdi a.s merupakan salah seorang daripada jutaan Umat Islam dan umat Rasulullah s.a.w. Apakah beliau sama sahaja dengan jutaan Umat Islam yang lainnya. Apakah indikasi, dan pesan-pesan Nabi s.a.w supaya umat Islam akhir zaman mengenali Imam Mahdi a.s?

Berkenaan dengan hal itu, Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s menyampaikan :

"Telah maklum bahawa aku merupakan pengikut Rasulullah s.a.w, dimana Baginda s.a.w itu memiliki setiap daripada kecemerlangan manusia, dan dimana syariahnya adalah lebih sempurna dan lengkap dalam setiap aspek, dan ia juga telah dirangka untuk membawa perubahan buat dunia ini. Oleh itu, aku juga telah dikurniakan dengan kapasiti yang diperlukan untuk membawa perubahan buat seluruh manusia. Tidak dinafikan bahawa Jesus a.s tidak dikurniakan dengan kebolehan yang sama sebagaimana aku dikurniakan, kerana beliau a.s itu diutus hanya kepada beberapa kelompok manusia sahaja. Jika beliau a.s berada di tempatku, beliau a.s tidak mampu, atas sebab kebolehannya yang terhad untuk melaksanakan tugas yang Allah swt izinkanku untuk menyelesaikannya.

Ianya juga jelas bahawa seandainya Musa a.s ditempatkan di tempat Rasulullah s.a.w, beliau a.s tidak akan mencapai sepertimana yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w. Dan sekiranya Taurat itu didedahkan di tempatnya Al Quran, ianya juga tidak akan mencapai seperti mana yang dicapai oleh Quran. Keadaan ruhani manusia bergantung disebalik tirai yang tidak diketahui. Untuk menjadi tertekan dan terganggu dengan semua ini adalah tidak bermanfaat sekali pun.

Apakah diluar bidang kuasa Allah swt, yang menjadikan Jesus a.s, untuk menjadikan pula yang lain sepertinya(Jesus a.s) atau yang lebih baik darinya? Tunjukkan padaku jika ianya disebut dalam Quran, dan terkutuk buat sesiapa yang menafikan satu ayat dari Quran. Bagaimana untuk aku menentang faktanya dan sesuatu yang bercanggah dengan nubuatan suci, dimana selama dua puluh tiga tahun, ianya memberi dukungan dan sokongan terhadapku dengan ribuan tanda-tanda yang menakjubkan!Apa yang dikerjakan oleh Tuhan adalah sesuai dengan kebijaksanaan dan hikmah.

Dia telah melihat bahawa seorang manusia telah disembah dan didewakan dengan tidak wajar oleh empat ratus ribu manusia, maka sebab itu lah Dia telah mengutuskan aku pada waktu dimana doktrin ini sedang berleluasa secara ekstrem.

Dan Dia telah namakan aku dengan semua nama para Rasul, namun ia mengkhususkan untukku dengan nama Al Masih anak Maryam. Dan anugerahkan pula kepadaku Rahmat dan RahimNya yang tidak dianugerahkan kepada nya (Jesus a.s), hal itu supaya orang-orang menyedari bahawa rahmat itu terserah kepada Allah swt. Dia akan menganugerahkan kepada sesiapa pun yang dikendakiNya.

Jika aku nyatakan ini menurut kemahuanku maka aku adalah pembohong.
Namun seandainya Allah swt menjadi saksi terhadap kebenaranku dengan tanda-tandaNya, maka menafikan aku adalah berlawanan dengan keimanan.

(Haqiqatul Wahi, Ruhani Khaza'in, Jil 22, Hal 157-158)




Hz Mirza Ghulam Ahmad a.s / Imam Mahdi a.s yang dijanjikan
x


Comments