Kecintaan Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s terhadap keturunan Rasulullah s.a.w.


Selain mempunyai keasyikan terhadap Rasulullah s.a.w. Hz Maseeh Maud a.s juga
kecintaan yang mendalam terhadap keturunan Rasulullah s.a.w. Contoh kecintaan ini
ada terdapat di beberapa peristiwa dalam kehidupan hz Maseeh Maud a.s.
Satu ketika apabila menjelang bulan Muharram, Hz Maseeh Maud a.s sedang berehat
di katil, kemudian beliau a.s memanggil Mubaraka Begum dan Mubarak Ahmad, iaitu
kedua-duanya merupakan anak beliau. “Mari ayah ceritakan kisah Muharram” kata
beliau a.s. Kemudian, dengan nada yang penuh kesedihan, beliau ceritakan kisah yang
berkaitan dengan kesyahidan Hz Imam Hussain ; dan setiap pada masa itu air mata
beliau terus mencurah, dimana beliau sesekali akan menggunakan hujung jarinya
untuk mengelap air mata beliau. Pada hujung kisah yang diceritakan beliau bersabda
dengan nada yang pilu “ Ini adalah ketidak adilan yang kejam dimana Yazid yang
menjengkelkan ini lakukan terhadap cucu Rasulullah s.a.w. Tetapi kemudiannya
Tuhan mengadili penzalim ini dengan Hukuman Nya” (Riwayat Nawab Mubaraka
Begum)

Di tempat lain Hz Maseeh Maud a.s berucap dalam ketegasan dan penuh perasaan
mengenai Hz Imam Hussain r.a

“Semoga Allah swt melimpahkan kurnia ke atas beliau. Hussain adalah suci dalam
dirirnya, dan juga mensucikan yang lain. Tidak diragukan, bahawa beliau adalah salah
seorang yang terplih dimana Allah swt mesucikan mereka dengan TanganNya sendiri
dan menanamkan dalam hati mereka dengan kecintaanNya. Tanpa diragukan beliau adalah salah satu penghulu di syurga. Untuk membiarkan niat jahat walau sebesar
zarah dalam menentang beliau, adalah sama seperti iman orang itu telah diambil.
Sesungguhnya kecintaan terhadap tuhan yang disaksikan melalui hati Imam ini,
kebenarannya, ketabahannya, ketaqwaannya, kerendahan hati dan sembahannya pada
Allah telah menetapkan satu contoh mulia buat kita semua. Sesungguhnya, hati akan
dihancur musnahkan apabila melabuhkan permusuhan terhadap beliau. Dan, adalah
sangat beruntung dan jayanya orang-orang yang secara nyata telah setia dan cinta ke
atas imam ini. - (ishtihar Tabligh e Haq)

Semasa Hz Maseeh Maud a.s menyampaikan kisah ini, beliau a.s dipenuhi dengan
kesedihan yang begitu medalam, dan ketika mengenangkan penyeksaan yang ditimpa
ke atas cucu Rasulullah s.a.w menjadikan beliau a.s bertambah sedih. Kesemua ini
merupakan refleksi kecintaan Hz Maseeh Maud a.s terhadap Rasulullah s.a.w.


Gambar Hiasan.

Comments