Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s, Hazrat Maseeh Maud a.s/ Imam Mahdi a.s :
"Aku mengajak setiap Muslim supaya bangkit demi kepentingan Islam, kerana Islam sedang menghadapi keadaan yang sukar. Bantu ianya sekarang, kerana ia berada dalam keadaan daif. Aku datang untuk tujuan ini dan Allah swt telah mengurniakanku pengetahuan mengenai Quran dan telah mendedahkan kebenaran serta realiti berkenaan dengan KitabNya, dan Ia juga telah mengurniakan tanda-tanda, maka datanglah kepadaku dan mengambil sebahagian daripada kurnia ini. Aku bersumpah di atas namaNya dimana nyawaku berada di genggamanNya bahawa aku telah diutuskan oleh Allah swt. Apakah tidak menjadi keperluan pada abad ini, dimana ianya berleluasa dengan kekacauan dan kesemua malapetaka yang jelas, seorang juruselamat seharusnya muncul melontarkan seruan? Kalian semua akan mengenaliku melalui setiap usaha-usahaku, demi sesungguhnya pepohon yang busuk tidak membuahkan hasil yang manis, dan sesungguhnya Tuhan itu tidak mengurniakan buat sesiapa pun keberkatanNya kecuali buat pilihanNya. Wahai manusia, Islam itu sudah menjadi begitu lemah dan dikelilingi oleh manusia di setiap penjuru. Lebih dari tiga ribu bantahan dilemparkan kepadanya. Di saat seperti itu, pamerkan keimanan kalian menerusi tindakan simpati dan masuklah kedalam manusia-manusia bertuhan. Salam sejahtera keatas mereka yang mengikuti petunjuk-petunjuk tersebut."
(Barakat-ud-Du'a, Ruhani Khaza'in, Jilid 6, halaman 36-37)
![]() |
| Gambar Hiasan. |

Comments
Post a Comment