Apakah pengertian Imam Mahdi a.s mematahkan salib dan membunuh khinzir?

Sekarang ini saya ingin tumpukan terhadap Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Ia mengandungi satu nubuatan bahawa seseorang yang dikenali sebagai Harith, akan muncul dari Transoxiana, ia boleh dikatakan tempatnya dari arah Samarkand. Dimana orang ini akan memberikan sokongan kepada keturunan Rasulullah s.a.w dan ianya menjadi satu kewajiban buat setiap orang-orang beriman untuk membantunya.

Ianya telah didedahkan kepada saya bahawa nubuatan ini dan juga nubuatan mengenai turunnya Imam Mahdi a.s, yang menjadi salah seorang muslim dan menjadi Imam kepada para Muslimin,yang berkaitan dalam satu kejadian dan kedua-duanya merujuk kepada saya. Nubuatan mengenai Imam mahdi mempunyai dua aspek istimewa.

1. Melalui ajaran sejati Imam Mahdi a.s, beliau akan mereformasikan keadaan rohani warga Muslim yang sangat rosak pada saat kedatangannya. Beliau a.s akan memulihkan kemiskinan dan kefakiran rohani, dan membawa mutiara keilmuan, kebenaran dan kefahaman buat umat Islam.Tiada para pencari kebenaran dari kalangan mereka yang kekal mengalami kemiskinan dan kefakiran rohani. Kesemua yang lapar dan dahagakan kebenaran akan menerima suapan kebenaran dan minuman segar kefahaman. Saku-saku mereka akan diisi dengan permata ilmu.

2. Aspek istimewa yang kedua dari nubuatan ini ialah, Imam Mahdi a.s akan mematahkan tiang salib. Membunuh khinzir dan juga membunuh dajjal mata satu. Setiap orang-orang yang ingkar yang tersentuh nafas Imam Mahdi a.s akan mati serta merta. Tafsir secara rohaniah berkenaan nubuatan ini ialah, bahawa Imam Mahdi a.s akan memusnahkan setiap kemegahan dari agama salib, dan beliau a.s akan memusnahkan dengan senjata hujjah dan argumen. Dan sesiapa yang berkelakuan tak bermalu seperti khinzir, dan memakan kotoran seperti khinzir, beliau a.s akan memusnahkan penentang yang dikatakan sebagai satu satunya mata dunia, dan mereka itu telah kehilangan mata keimanan sehingga mencapai satu tahap yang ada pada mereka hanyalah noda yang tidak lunak dipandang. Bukan saja buat mereka yang mata satu itu, tetapi juga buat mereka yang ingkar serta memandang Islam dengan penuh penghinaan, mereka semua itu akan mengalami penderitaan rohani melalui kegemilangan nafas daripada kemantapan hujjah Imam Mahdi a.s.

Secara ringkasnya, semua tanda ini adalah bersifat metaforik. Satu signifikan yang telah didedahkan kepada saya. Kemungkinan ada juga yang tidak menghargai penerangan ini pada masa ini, tetapi selepas menunggu sekian waktu, dan setelah berputus asa dan berputus harap terhadap kegembiraan yang diraih sekarang. Kesemua mereka akan menerima akan hal ini.

[Izala-e-Auham, Ruhani Khaza’in, vol. 3, pp. 141-143 nota kaki]


 
Kredit gambar @harakahislamiyah.com

Comments

  1. Bukan Nabi Isa A.S ke yg akan membunuh Dajjal laknatullah ? sekadar bertanya ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan riwayat Ibnu Majah. 'La Mahdi ila Isa'. Tiada Mahdi melainkan Isa a.s. Hadith ini bermaksud bahawa Isa a.s yang dimaksudkan ada Imam Mahdi juga. Insya Allag akan diterangkan dalam pos yang seterusnya.

      Delete

Post a Comment