Rahsia memperoleh umur panjang

Ramai orang menginginkan supaya dipanjangkan umur, namun hanya segelintir sahaja yang merenungkan terhadap prinsip untuk memperoleh usia panjang. Kitab suci Quran telah menerangkan mengenai prinsip ini :
Wa amma ma yanfaunnasa fa yam-koso filarz

Apa pun yang berguna buat manusia, kekal di tanah itu (buat masa yang berpanjangan)

Tuhan menjanjikan umur yang panjang kepada sesiapa yang berguna dan bermanfaat terhadap yang lain. Sungguhpun terdapat dua aspek dalam Syariat iaitu untuk menyembah Allah swt dan bersimpati terhadap sesama manusia, di sini menyentuh berkenaan mereka yang bermanfaat buat manusia. Hal ini kerana hanya mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang layak dikatakan sebagai penyembah tuhan secara sempurna. Seperti yang disebut mengenai aspek pertama, ia merujuk kepada cinta dan kesatuan Tuhan, dan ia menuntut seseorang supaya memberi manfaat kepada manusia. Orang sedemikian boleh untuk menyampaikan kepada manusia supaya merebahkan diri dalam cinta ilahi, dan kekal teguh dalam keyakinannya terhadap kesatuan Tuhan.

Tuhan berfirman:
Tawasau bil Haq

Anda perlu menasihatkan manusia supaya berhubung dengan yang Haq ( kebenaran).

Ada masa nya seseorang memahami dengan jelas akan sesuatu perkara, tetapi tidak mampu untuk menjelaskan kepada yang lain secara memuaskan. Hal seperti ini, orang tersebut perlu untuk berusaha keras menjadikan yang lain memahami apa yang dia sendiri memahami. Ini lah pengertian simpati yang sebenar. Seseorang perlu berusaha memahamkan yang lain terhadap sesuatu isu dan hal itu yang akan memanjangkan hidupnya. Ada ayat lain yang menjawab persoalan bahawa mengapa orang yang memberi manfaat kepada yang lain memperoleh umur panjang, sebaliknya bukan orang yang menjadi penyembah tuhan. Saya telah menjelaskan, faktanya adalah penyembah Tuhan sempurna adalah mereka yang memberi manfaat kepada yang lain. Namun, ayat yang saya kemuka kan akan menjelaskan hal ini. Ayat nya adalah :
Qui ma ya'bao-bi-kum Rabbee lau la doa-okum


Anda perlu sampaikan kepada manusia bahawa tuhan sama sekali tidak kisah seandainya manusia tidak sembah kepadaNya. Dalam erti kata lain, bahawa penyembah yang menjalani hidupnya di dalam hutan dan di puncak gunung adalah lemah dalam keimanannya. Seperti yang diajarkan dalam agama kita bahwa sesiapa yang menikmati kemanisan terhadap kesedaran Tuhan tidak akan mendiamkan diri. Dia pasti akan terdorong untuk menyampaikan kepada manusia terhadap nikmat itu.
(Malfoozat Vol. III, p.294)


Comments