Quran meramal hubungan manusia dan makhluk asing?

Adakah bukti yang jelas dari Quran menyebut tentang kehidupan selain dari kehidupan di bumi?

Apakah manusia pada satu hari akan sempurnakan nubuatan dari Quran berkenaan perhubungan mansusia dan kehidupan luar? 

Persoalan yang rumit berkaitan dengan kosmologi dan kehidupan luar tidak akan selesai dalam jangka masa terdekat. Oleh kerana pemahaman manusia terhadap kosmologi mengalami perkembangan bertahap bermula dari peradaban lama sehingga hari ini. Kerana itu kefahaman manusia terhadap kehidupan yang disebut sebagai makhluk asing adalah bersifat 'futuristic', ramalan dan jangkaan sahaja buat masa ini. 

Nubuatan Quran itu tidak muncul sepertimana yang berlaku dalam cetusan imaginasi manusia. Hal ini memberi indikasi bahawa antara nubuatan Quran dan pemikiran manusia adalah, imaginasi dan bayangan fikiran manusia itu sudah pasti mempunyai hadnya. Oleh kerana itu manusia memerlukan perantaraan wahyu, atau nubuatan dari ilahi untuk menyokong manusia membuat penemuan baru dalam kehidupan mereka. 

kembali kepada topik utama, iaitu apakah Quran menyebut tentang kehidupan selain dari apa yang ada di bumi?

mari kita selidik ayat ini


اللَّهُ الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَماواتٍ وَمِنَ الأَرضِ مِثلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الأَمرُ بَينَهُنَّ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَد أَحاطَ بِكُلِّ شَيءٍ عِلمًا

"Allah yang menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. Supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu" - Surah At Talaaq ayat 12

Apa yang kita boleh fahamkan dari ayat ini adalah angka 'tujuh' yang disebut dalam Quran membawa maksud bilangan yang tertentu. Jadi, tujuh 'langit' itu membawa pengertian bahawa terdapat kewujudan 'langit' dalam bilangan yang banyak. Dan setiap dari 'langit' itu terdapat bumi yang disokong oleh sistem 'langit' tersebut. 

Kemudian, ini pula ayat tentang kehidupan di luar bumi..


وَمِن آياتِهِ خَلقُ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَما بَثَّ فيهِما مِن دابَّةٍ ۚ وَهُوَ عَلىٰ جَمعِهِم إِذا يَشاءُ قَديرٌ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki melakukannya. " - Surah As Syura ayat 29


Perkataan bahasa Arab 'Da'bah' meliputi semua haiwan yang berkeliaran di atas muka bumi, ia tidak termasuk bagi haiwan yang terbang dan haiwan yang berenang dalam air. Dan ia juga tidak merujuk kepada wujud yang bersifat spiritual. Dalam bahasa Arab juga malaikat atau seumpama juga tidak disebut dengan 'daabah' 

Kemudian dalam ayat ini pada akhirnya menyebutkan tentang potensi tuhan bagi menghimpunkan kehidupan dari dua alam. Perkataan 'Jam ihim' jelas membawa maksud untuk menghimpunkan kehidupan makhluk dari dunia yang berbeza. Dengan syarat, ianya akan berlaku mengikut kekuasaan tuhan dan bila Tuhan ingin ianya berlaku. Masha Allah. Hanya di masa mendatang jika berkesempatan kita dapat menyaksikan nubuatan Quran ini sempurna. Hakikatnya nubuatan ini sudah diungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu. 

Jadi, inilah ayat Quran yang menjelaskan potensi manusia untuk berhubung dengan kehidupan di luar bumi. Menjadi salah satu bukti nyata juga bahawa Al Quran adalah kitab samawi yang bersifat menyeluruh. 



Gambar hiasan















Comments