Ibadat Haji merupakan salah satu kewajiban yang tersenarai dalam Rukun Islam. Semua umat Islam diwajibkan untuk melaksanakan ibadat Haji walaupun sekali dalam seumur hidup. Dan syarat lain bagi ibadat Haji juga adalah kemampuan dari segi kewangan dan lain-lain syarat yang tidak menghalang ibadat Haji dilaksanakan.
Oleh kerana Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s telah membuat pendakwaan sebagai Imam Mahdi a.s yang dijanjikan. Disamping kepercayaan umat Islam secara umumnya berpendapat bahawa Imam Mahdi a.s akan dibai'atkan disisi Ka'bah. Maka atas sebab itu ramai yang membangkitkan persoalan samada Hz Mirza Ghulam Ahmad a.s pernah menunaikan ibadat Haji atau tidak. Pada pandangan umum, seolah-olah menjadi kewajiban untuk mengesahkan ke'Mahdi"an seseorang itu melalui pelaksanaan ibadat Haji.
Sebelum anda membantah pendakwaan Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s sebagai Imam Mahdi a.s hanya atas sebab beliau a.s tidak pernah menunaikan ibadat Haji. Terlebih dahulu yang perlu difahami adalah syarat Haji yang dinyatakan dalam Quran sendiri.
Sebelum anda membantah pendakwaan Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s sebagai Imam Mahdi a.s hanya atas sebab beliau a.s tidak pernah menunaikan ibadat Haji. Terlebih dahulu yang perlu difahami adalah syarat Haji yang dinyatakan dalam Quran sendiri.
Salah satu syarat Haji yang dinyatakan dalam Quran adalah keselamatan dan keadaan aman seseorang untuk melaksanakan Haji.
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu, sebelum binatang Dam itu sampai di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya, hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, hingga masa ibadat Haji, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali; semuanya itu sepuluh cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap masjid Al-Haraam . Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya." (Al-Baqarah 2:196)
"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian makhluk."
(Ali 'Imraan 3:97)
Kedua-dua ayat dari Quran ini meletakkan keamanan sebagai salah satu syarat dalam pelaksanaan iIbadat Haji. Oleh kerana Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s menerima pelbagai bentuk ancaman serius. Ianya telah menjadikan keadaan beliau tidak aman dan tidak selamat untuk melaksanakan ibadat Haji. Sebarang tuntutan supaya Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s menunaikan ibadat Haji hanya akan membawa penolakan terhadap 2 ayat Quran diatas.
Berkenaan dengan hal ini juga Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s mengatakan
“Bantahan ini dibuat hanya untuk menimbulkan kekacauan. Rasulullah s.a.w menetap 10 tahun di Madinah. Dan ianya hanya mengambil masa sebanyak 2 hari perjalanan antara Madinah dan Makkah. Namun Rasulullah s.a.w tidak melaksanakan Haji selama 10 tahun sekalipun Baginda s.a.w boleh untuk mengaturkan kenderaan. Syarat Haji bukan sahaja terletak pada kecukupan harta, namun ianya menjadi syarat penting juga untuk melaksanakan ibadat Haji tanpa sebarang bahaya dan ancaman. Dan ia juga bermaksud seseorang itu tiba dalam keadaan aman tenteram untuk melaksanakan ibadat haji. Ketika haiwan buas seperti para Maulvi mengenakan fatwa untuk membunuh disini dan tidak khuatir terhadap kerajaan. Jadi apa yang boleh mereka lakukan disana? Namun mereka ini semua tidak ada perhatian sekalipun kita tidak menunaikan Haji. Seandainya kita melaksanakan Haji apakah mereka akan menganggap kita sebagai Muslim? Apakah mereka akan menyertai Jemaat ini? Baik, pertama sekali kesemua ulama Muslim ini perlu menulis satu deklarasi yang menyatakan bahawa sekiranya kami melaksanakan Haji, kemudian mereka akan bertaubat di tangan kami, masuk ke dalam Jemaat kami dan menjadi pengikut kami. Jika mereka menuliskan seperti itu dan mengangkat janji keatasnya maka barulah kita akan menunaikan ibadat Haji. Allah swt akan mengaturkan segala kemudahan untuk kami supaya dimasa mendatang kekacauan dari ulama akan tamat. Tiada kebaikan untuk membantah dengan membuat kekacauan. Bantahan ini juga bukan saja dituju kepada kami, tetapi dituju kepada Rasulullah s.a.w juga kerana Baginda s.a.w melaksanakan Haji di tahun terakhirnya sahaja."
(Malfuzat, jilid 5 ms 248)
Dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w juga membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w menunaikan haji hanya sekali dalam seumur hidup Baginda s.a.w. Hal ini juga disahkan di dalam sebuah Hadits Darimi No.1721 Secara Lengkap
"Telah mengabarkan kepada kami [Abu Al Walid Ath Thayalisi] telah menceritakan kepada kami [Hammam] telah menceritakan kepada kami [Qatadah], ia berkata; Saya berkata kepada [Anas]; "Berapa kali Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melakukan haji?" Anas menjawab; "Sekali berhaji dan empat kali Umrah. Beliau pertama kali Umrah ketika orang-orang musyrik menghalanginya dari Ka'bah, dan Umrahnya yang kedua, ketika mereka mengadakan perdamaian dengan beliau, kemudian kembali pada tahun mendatang, dan Umrah dari Ji'ranah ketika beliau membagikan harta rampasan perang Hunain pada Bulan Dzul Qa'dah, serta Umrah beliau bersamaan dengan hajinya."
Melalui petikan Quran, Hadith dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w diatas. Kiranya sudah cukup untuk mengatatakan bahawa keselamatan dan keamanan adalah salah satu kepentingan dalam syarat Haji dan Umrah. Kerana Rasulullah s.a.w juga sendiri tidak akan melaksanakan Haji dan Umrah ketika keadaan yang tidak selamat ke atas diri Baginda s.a.w.
Maka, alasan untuk menolak dan membantah pendakwaan Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s sebagai Imam Mahdi a.s hanya kerana beliau tidak pernah menunaikan Haji adalah sangat dangkal sekali. Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s tidak menunaikan haji jelas faktornya adalah kerana keaadan beliau yang tidak aman dan selamat untuk menunaikan Haji.

Comments
Post a Comment