Kewafatan Nabi Isa a.s dalam Quran, Hadith dan Ijma sahabat.

Kami mempunyai begitu banyak bukti kukuh berkenaan kewafatan Isa Ibnu Maryam a.s. Namun ianya tidak dapat di jelaskan sepenuhnya dalam cetakan yang ringkas ini. Bacalah Al Quran dengan penuh perhatian dan anda pasti akan menemukan tentang kewafatan Isa a.s secara jelas, dan tidak mungkin sekali untuk tafsirkan hal itu dengan maksud yang lain.

Dalam Al Quran mengatakan :

Al-Mā'idah:117 - "kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku( dalam bahasa Arab disebut 'falamma tawaffaitani'/ akar kata 'tawaffa) , 'menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

Wajarkah kita tafsirkan kata 'Tawaffi' dalam ayat ini dengan maksud tidur?

Adakah ianya rasional untuk memahami ayat ini seperti berikut?

"...Kemudian apabila Engkau 'tidurkan' aku. Menjadilah Engkau sendiri mengawasi keadaan mereka..."

Sudah tentu tidak!

Tafsiran yang paling sesuai dalam konteks perkataan 'Tawaffi' ini tidak lain dan tidak bukan ianya jelas membawa maksud kematian seseorang.

Dan konteks ayat ini juga tidak memungkinkan bagi seseorang untuk menafsirkan kewafatan Isa a.s akan berlaku selepas kenaikan beliau ke atas langit.

Hal ini kerana persoalan yang ditanyakan kepada Isa a.s merujuk kepada umat beliau a.s yang telah menyimpang, dimana ianya sudah pun terjadi selepas apa yang dikatakan sebagai kenaikan beliau a.s ke syurga dengan jasadnya. Dan juga telah sempurna sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.

Dalam Hadith juga ada menyatakan tentang kewafatan Isa a.s.

Dalam mukasurat 162 dari kitab Ulasan Ma'alim ada menyebutkan melalui Ali bin Talhah bahawa :

Ibnu Abbas menafsirkan ayat :

'Āli `Imrān:55 -  ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu"...

Ayat ini disokong juga oleh ayat-ayat yang lainnya seperti :

As-Sajdah:11 - Katakanlah "Nyawa kamu akan diambil (kul yatawaffakum)..."

An-Naĥl:32 - mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci. (Allazina tawaffahum...)

Maka, Ibnu Abbas r.a juga meyakini bahawa Isa a.s sudah wafat.

Kita sedia maklum bahawa Ibnu Abbas r.a merupakan antara para sahabat Rasulullah s.a.w yang mahir dalam memahami Al Quran.

Bahkan Rasulullah s.a.w juga pernah mendoakan supaya beliau dikurniakan ilmu Al Quran yang hakiki.

*Sumber :
[1] Izala-e-Auham, Ruhani Khaza’in, vol. 3, ms. 224-225]


Sumber : pastorpatjackson.com

Comments