Manifestasi ke 2 dari Allah melalui sistem Khilafat


Adalah menjadi kebiasaan buat Allah swt, dan sejak Dia menjadikan manusia di muka bumi ini, Dia telah menjalankan kebiasaan ini. Bahawa Dia akan memberikan pertolongan kepada para utusanNya.

Allah swt berfirman :“Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan(pasti akan menang)". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. - Quran Surah Al-Mujaadalah ayat 21.

Kemenangan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ditujukan kepada para nabi dan utusanNya bahawa melalui mereka kalam-kalam Allah disampaikan ke serata muka bumi ini, dan tidak seorang pun mampu untuk menentangnya. Lalu Allah swt menegakkan kebenaran dari para rasul dengan menunjukkan tanda agungNya.
Kebenaran yang para nabi sebarkan di dunia ini, Dia sendirilah yang menanamkan benih melalui tangan mereka. Tetapi Dia tidak akan sempurnakan melalui tangan para nabi. Sebaliknya, Dia akan mewafatkan para nabi itu di saat timbulnya satu kegusaran terhadap kewafatan mereka. Dia bermaksud untuk membiarkan dahulu musuh-musuh untuk bergembira, ketawa, mengolok dan mengejek. Ketika musuh-musuh selesai bergembira, Dia akan mula menggerakkan tanganNya bekerja bagi menyempurnakan matlamat para nabi.

Kemudian, Allah swt akan melancarkan kudratNya.

1. Dia menunjukkan kekuatanNya melalui para rasul
2. Di saat selepas kewafatan seorang rasul, ketika timbulnya satu keadaan sukar dan para musuh berkeyakinan kuat bahawa pengikut rasul akan mula menyimpang dan jemaat rasul itu akan dimusnahkan. Dan ketika berlaku juga ada beberapa pengikut yang meninggalkan jemaat. Pada masa itulah Allah swt akan menunjukkan kekuatanNya dengan mendukung kembali jemaat rasul yang hampir roboh itu tadi. Maka, sesiapa yang bersabar sehingga saat akhir, dia sendiri menyaksikan keajaiban ilahi tersebut.




Comments