Mereka yang non Ahmadi persoalkan kemungkinan nabi Isa a.s naik ke langit/syurga, dengan membandingkan kejadian israk mikraj Rasulullah s.a.w.
Bagi Ahmadi, Isa a.s tidak naik ke langit, dan peristiwa israk mikraj adalah perjalanan rohani Rasulullah s.a.w. Bererti, Rasulullah s.a.w juga tidak naik ke langit dalam peristiwa rohani tersebut.
Israk Mikraj berlaku dalam satu malam? Padahal Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang berbeza waktunya. Mikraj berlaku pada tahun ke 5 kenabian Rasulullah s.a.w. Dan israk pula terjadi dalam tahun ke 11 kenabian ketika Rasulullah s.a.w menginap di kaaba, ketika Rasulullah s.a.w menginap di rumah ummu Hani r.a.
Allah tidak terlihat dengan mata kasar, tetapi dapat terlihat melalui hati.
An-Najm:11 - Hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w melihat Allah sebanyak 2 kali melalui hatinya (Muslim Kitabul Iman)
Hazrat Aisyah r.a :
Sesiapa yang menyangka Rasulullah s.a.w melihat Allah. Seseunggunya dia telah menyebabkan satu dusta besar terhadap Allah. Tidakkah mereka mendengarkan bahawa Allah mengatakan mata tidak menjangkauNya. Namun, Dia mampu menjangkaui mata ( Muslim Kitabul Iman)
Sesiapa yang menyangka Rasulullah s.a.w melihat Allah. Seseunggunya dia telah menyebabkan satu dusta besar terhadap Allah. Tidakkah mereka mendengarkan bahawa Allah mengatakan mata tidak menjangkauNya. Namun, Dia mampu menjangkaui mata ( Muslim Kitabul Iman)
Ketika kuffar mekah menuntut Nabi s.a.w naik ke syurga, dan turun kembali ke mekkah dengan membawa sebuah kitab. Jika itu terjadi, maka mereka bersedia untuk mengesahkan peristiwa Mikraj Israk. Kemudian Allah swt perintahkan Nabi s.a.w katakan kepada kuffar Mekah, bahawa Dia tiada cacat celanya. Dia tidak membangkitkan seseorang ke syurga dengan jasad kasarnya. Perintah ini bagi membuktikan Rasulullah s.a.w itu hanyalah manusia biasa dan seorang utusan Allah. Jika kita masih dengan kepercayaan Isa a.s diangkat ke langit dengan jasad kasar. Apakah Isa a.s itu lebih 'tuhan' berbanding Muhammad s.a.w??
Al-'Isrā':93 - Atau engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?
Menginap di Kaabah, dan bangun dari tidur juga di Kaabah.
"Baginda tidur di Kaabah, hatinya terjaga dan matanya tidur. Dan hatinya tidak tidur. Ketika baginda bangun, baginda s.a.w di Kaabah" (Bukhari kitabul tawheed)
Hazrat Aisyah r.a bersumpah bahawa ketika Mikraj, jasad Rasulullah tidak hilang.
"Demi Tuhan, Jasad baginda s.a.w tidak hilang. Baginda s.a.w dibangkitkan secara rohani"(Tafseer Kasyaf)
![]() |
| Gambar Hiasan |

Comments
Post a Comment