Cinta Ikhlas terhadap Allah swt


Ada orang yang menyangka bahawa apabila menangis di hadapan Allah swt tidak membawa sebarang hasil. Namun kenyataan ini adalah salah. Orang seperti ini tidak memiliki sedikit keimanan pun terhadap kewujudan dan kekuasaan tuhan. Jika mereka mempunyai keimanan yang benar dan betul mereka tidak akan berani menyatakan demikian. Apabila seseorang manusia datang kepada Allah swt dan bertaubat dengan ikhlas. Dia akan selalu mejadi penerima rahmat tuhan. Ada juga yang mengatakan dengan betul " Tidak akan ada seorang pencinta ketika tiadanya kehadiran orang yang dicintai itu. Sudah tentu " O  Tuanku, dikau tidak dijangkiti sebarang penyakit, sebaliknya tabib ada disitu." Tuhan menginginkan kamu datang kepadaNya dengan hati yang ikhlas. Sudah tentu, keadaanya adalah kamu harus menjadi seseorang yang Dia inginkan; kamu harus membawa perubahan dalam dirimu dimana ianya melayakkan seseorang beserta dalam kehadiran tuhan. Saya beritahukan kebenaran bahawa tuhan yang mahakuasa memiliki kuasa yang indah, rahmat dan berkatNya adalah tidak terbatas namun kamu perlu memiliki penglihatan cinta untuk melihatnya... Jika seseorang dengan ikhlas mencintaNya. Dia menerima doa-doa dan mengurniakan pertolongan ke atasnya. 

(Malfuzat Jill I, ms. 338) 


Comments