Perbahasan Ahmadiyah di Selangor



Ahmadiyah mula bertapak di Jeram, Selangor pada sekitar tahun 1949. Berdirinya Ahmadiyah di Jeram menjadi buah mulut orang tempatan sehingga menghasilkan bermacam-macam bentuk fitnah oleh para ulama. Berkenaan dengan fitnah itu, Tuan Sayyid Abdur Rahman Bin Ayyid Alwi selaku ketua Jemaat Ahmadiyah di Jeram mengambil keputusan untuk persembahkan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor supaya diadakan penyelidikan terhadap ajaran Ahmadiyah. Surat yang dipersembahkan akhirnya dijawab, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersetuju untuk mengadakan Majlis Bahasan yang berlangsung pada 23 Julai 1951. Majlis Bahasan berlangsung di hadapan Kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Kehadapan DYMM sendiri yang menjadi Pimpinan dalam majlis itu.

Dalam majlis itu, Ahmadiyah diwakili oleh Muhamad Shadiq Bin Barakatullah dan Tuan Muhammad Zuhdi Fadhli. Sementara Pejabat Agama diwakili oleh Tuan Syaikh-ul-Islam Mahmud Zuhdi dan beberapa ulama. Dialog dalam bahasan ini berlangsung lebih kurang 2 jam 30 minit. Dalam bahasan ini, Kehadapan DYMM pernah bertanyakan mengenai khataman-nabiyyin dan lain-lain. Wakil dari Ahmadiyah kemudiannya menjawab pertanyan DYMM Sultan Selangor dengan menggunakan fakta daripada kitab karangan Imam Abdul Wahab Asy-Sya'rani yang merupakan seorang Imam bermazhab Syafi'i. Syaikh-ul-Islam yang mendengar keterangan daripada wakil Ahmadiyah bersetuju dengan fakta yang dikemukakan dan mengaku ianya benar. Syaikh-ul-Islam kemudiannya mengajukan 5 lagi soalan tetapi jawabannya perlu dibalas secara bertulis dan tempoh diberikan untuk menjawab 5 soalan itu adalah selama 14 hari. Jawaban bertulis itu akan diterima oleh beliau untuk dibuat penelitian sebelum diberikan kepada DYMM Sultan Selangor untuk dibaca. Tempoh penelitian yang ditetapkan adalah selama 14 hari juga. Setelah bersetuju dengan cadangan Syaikh-ul-Islam, DYMM Sultan Selangor menetapkan hari untuk perbahasan kedua dan keputusan terakhir mengenai Ahmadiyah akan diputuskan pada hari perbahasan kedua. Namun, pihak Ahmadiyah telah memohon kepada DYMM Sultan Selangor supaya menetapkan tarikh tepat untuk hari perbahasan kedua tetapi cadangan itu serta-merta dibantah oleh para ulama.

SOALAN DARI SYAIKH-UL-ISLAM MAHMUD ZUHDI

1. Apakah kepercayaan dan Iktikad Ahmadiyah?
2. Apakah perbezaan antara Ahmadiyah dan bukan Ahmadiyah?
3. Apakah dakwa Hz Ahmad a.s?
4. Apakah mukjizat Hz Ahmad a.s?
5. Bagaimanakah riwayat hidup Hz Ahmad a.s secara ringkas?

Kesemua pertanyaan ini telah lengkap dijawab secara bertulis dan telah dikirimkan sebelum 6 Ogos 1951. Seperti yang dicadangkan, Jabatan Agama perlu memberi maklum balas dalam jawaban bertulis dari pihak Ahmadiyah dalam tempoh 14 hari jika benar terdapat kesalahan dalam jawaban itu. Selepas lebih dari 14 hari maklum balas dari Jabatan Agama tidak pernah diterima. Apabila ditanyakan mengenai kegagalan Jabatan Agama dalam memberikan maklum balas kepada pihak Ahmadiyah, pada bulan November 1951 Jabatan Agama masih tidak memberi maklum balas mengenai jawaban bertulis dari Ahmadiyah. Sebaliknya Jabatan Agama memaklumkan bahawa perbahasan kedua tidak perlu diadakan lagi. Keadaan ini membuktikan bahawa Jabatan Agama gagal untuk membuktikan kesesatan dalam ajaran Ahmadiyah.

15 DISEMBER 1953

Pada tanggal 15 Disember 1953 pihak Ahmadiyah secara tiba-tiba mendapat khabar supaya menghantar wakil ke Istana di Kuala Lumpur. Pihak Ahmadiyah dengan menurut perintah telah menghantarkan wakil bagi menghadriri undangan ke Istana. Dalam Istana DYMM Sultan Selangor bersemayam dihadapan para hadirin. Setelah itu berdiri Haji Yusof, Mufti kerajaan Selangor menerangkan beberapa perkara yang didapati butir maklumatnya tidak kemas dan antarnya tidak benar. Apabila selesai ucapan dari beberapa individu, DYMM Sultan Selangor memberi kebenaran kepada wakil Ahmadiyah untuk berucap. Mendengar akan itu A.Fatih Akhir dan Haji Ismail yang masing-masingnya datang dari arah kanan dan kiri terus pergi ke arah DYMM Sultan Selangor lalu menyembah dan berkata : “Tidak ada gunanya, Tuanku! Tidak ada gunanya, Tuanku!” DYMM Sultan membalas : “Tidak! Tidak, dengarlah! Boleh jadi ada keterangan kamu yang salah!”. Pihak Ahmadiyah kemudian dibenarkan berucap dan antara isi ucapan itu adalah :

1. Para ulama telah memurtadkan dan mengkafirkan Ahmadiyah sebelum mendengar keterangan- keterangan dari Ahmadiyah.
2. Hz Ahmad a.s telah mengarang sebanyak 80 buah buku dan para ulama tidak menyelidik buku-buku Hz Ahmad walaupun sebuah buku.
3. Orang yang melaksanakan solat ke arah kiblat tidak boleh dikatakan kafir
4. Haji Ismail mendakwa Ahmadiyah menganggap Hz Ahmad a.s sebagai anak Allah dalam masa yang sama beliau gagal membuktikan keterangan itu.
5. Haji Ismail mendakwa Ahmadiyah menganggap Hz Ahmad a.s adalah lebih afdal berbanding Nabi Muhammad s.a.w.

Jelas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh para ulama di Istana pada hari itu adalah perkara dusta dan dibuat-buat. Pihak Ahmadiyah baru sahaja membalas keterangan-keterangan dusta dan para ulama mulai kecoh. Keadaan kecoh para ulama itu terpaksa ditenangkan oleh DYMM Sultan Selangor sendiri. Nampaknya tindakan DYMM Sultan Selangor itu tidak berjaya menenagkan para ulama sebaliknya kekecohan para ulama itu seolah-olah mereka tidak memahami peraturan dalam mengadakan Majlis dalam Istana. Akhirnya DYMM Sultan Selangor mengatakan bahawa baginda tidak boleh mengikut Ahmadiyah kerana bilangannya yang minoriti. Berkenaan dengan itu wakil Ahmadiyah menerangkan kepada DYMM Sultan Selangor bahawa dalam soal agama itu tiada ukuran sama ada perlu mengikut kelompok minoriti atau majoriti. Patuh kepada firman Allah swt dalam Quran dan sabda-sabda Rasulullah s.a.w adalah perkara penting. Ketika itu para ulama sudah mula mengkafirkan Ahmadiyah yang pada hakikatnya mereka sendiri tidak selidik dan gagal membalas keterangan dari Ahmadiyah.

KATA AKHIR HAJI ISMAIL


“ Sekiranya Tuanku Yang Maha Mulia membiarkan orang-orang Ahmadiyah dinegeri ini, sudah tentu rakyat Selangor akan habis masuk Qadiani dan boleh jadi Tuanku pun masuk Qadiani"




Gambar Hiasan

Comments