Bismillahir rahman ir rahim
Ramai
saudara muslim non-Ahmadi
begitu
mudah mempercayai dakwaan palsu dan penipuan yang mengatakan bahawa
Ahmadiyah itu adalah badan organisasi buatan Inggeris. Tanpa
menyelidiki terlebih dahulu maka janganlah kita cepat menuduh sesuatu
kaum dengan gelaran-gelaran yang tidak ada kebenarannya padahal kita
sudah mengakui dengan sepenuh hati bahawa 'Kami naik saksi bahawa
tiada tuhan selain Allah swt dan Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah
swt'. Sebab itu lah pentingnya untuk saudara muslim sekalian
mempunyai kesedaran untuk berdialog secara langsung bersama muslim
Ahmadi, kerana melalui langkah ini saudara muslim sekalian dapat
mengenal kebenaran mengenai Ahmadiyah. Bukan 'kebenaran' versi
golongan anti-Ahmadiyah yang sudah tentunya akan memberi fakta yang
jauh dari landasan kebenaran.
AKIDAH
AHMADIYAH
Ahmadiyah
mempercayai bahawa Nabi Isa a.s merupakan seorang nabi sepertimana
muslim non-Ahmadi mempercayai sedemikian. Melalui fakta ini saja amat
mudah untuk difikirkan dimanakah logiknya bagi kerajaan Inggeris
untuk menjadikan Ahmadiya sebagai 'alat' untuk mengancurkan Islam
dari dalam. Sekiranya benar kerajaan Inggeris menubuhkan Ahmadiyah
untuk menghancurkan Islam, perkara pertama yang harus diubah oleh
Inggeris adalah akidah Ahmadiya mengenai Nabi Isa a.s. Tidak mungkin
Inggeris akan menggunakan Ahmadiyah yang jelas bercanggah dengan
akidah mereka yang meyakini Jesus sebagai anak Allah sebagai senjata
untuk merosakkan Islam. Malah Ahmadiyah sendiri meyakini kedatangan
Hazrat Mirza Ghulam Ahmad bertujuan untuk mematahkan akidah salib.
Tidak wajar dengan akidah sebegini kerajaan Inggeris menjadikan
Ahmadiya sebagai tali barut.
SERUAN
HZ MIRZA GHULAM AHMAD
Pada
tanggal 14 Januari 1897, Hz Mirza Ghulam Ahmad menulis surat isinya
begini:
“Wahai
semua manusia! Aku memberi khabar suka kepadamu bahawa Tuhan yang
dikemukakan oleh Islam itulah yang hidup kekal abadi. Kebenaran
adalah tetap kebenaran, biarpun dimasa dahulu mahupun sekarang. Agama
yang benar harus berbuah, tidak boleh dibiarkan menjadi seperti
batang yang kering. Maka dari itu Islam itu agama yang benar. Aku
menyeru kepada semua orang Kristian, semua orang Arya, semua orang
Yahudi dan semua orang Brahma untuk memperlihatkan tanda-tanda
kebenaran Islam. Siapakah yang hendak mencari Tuhan yang hidup? Kami
tidak menyembah kepada Tuhan (Isa/Jesus) yang sudah mati! Tuhan kami
adalah tuhan yang hidup kekal, Dia sentiasa menolong kami, Dia
berkata-kata kepada kami. Kalau ada di atas muka bumi seorang
Kristian yang hendak mencari kebenaran, maka kemukakanlah hendaknya
untuk membandingkan Tuhannya dengan Tuhan Allah kami, kami bersedia
menanti”
Apakah
seruan yang jelas memartabatkan keesaan Allah ini diucapkan oleh
salah seorang tali barut Inggeris? Apakah seruan yang menyeru manusia
meninggalkan berhala dan tuhan palsu datang dari seorang pengkhianat
Islam? Apakah Inggeris menginginkan kakitangannya menyeru seperti
ini?
Ketika
rancaknya propaganda Kristian yang mengatakan bahawa Isa a.s itu anak
Allah. Hz Mirza Ghulam Ahmad mengucapkan doa : “Wahai Tuhan yang
telah mengutuskan Muhammad s.a.w! Jagalah hamba-hamba engkau dari
pengaruh orang-orang Kristian yang membahayakan itu!”
Bukan
sekadar doa, malah beliau a.s juga menghantar surat kepada Ratu
Inggeris-Victoria untuk mengajak beliau mengikuti Islam.
(Kitab-ut-Tabligh)
NASIB
MUSLIM TERBELA DI HABSYI DAN INDIA.
Sejarah
Islam mencatatkan berlakunya hijrah pertama adalah disebabkan
penderitaan yang dihadapi oleh para sahabat dan pengikut Rasulullah
s.a.w. Umat Islam yang berada di Mekah tidak mendapat kebebasan untuk
mengamalkan iman yang bersesuaian dengan Islam. Musyrikin Mekah yang
tidak dapat menerima inti ajaran suci Islam melakukan penganiayaan
yang dahsyat sehingga menyebabkan tekanan terhadap orang-orang yang
menerima Islam. Oleh sebab itu lah Rasulullah s.a.w memerintahkan
para sahabat dan pengikutnya untuk menjalankan hijrah ke Habsyah.
Kerana Rasulullah s.a.w mendapati Raja Habsyah itu lebih adil. Raja
Najasyi memberikan perlindungan terhadap pengikut Rasulullah s.a.w
sehingga mereka dapat menikmati keamanan dan mengamalkan ibadat tanpa
perasaan takut. Hijrahnya pengikut Rasulullah s.a.w ke Habsyah tidak
membawa maksud bahawa kaum muslimin itu adalah tali barut kepada Raja
Najasyi. Tujuan utama hijrah adalah untuk mendapatkan perlindungan
daripada seorang raja yang adil dan umat Islam harus berterima kasih
kepada raja Habsyah yang adil meskipun beliau adalah seorang Nasrani.
Pada
zaman Hazrat Mirza Ghulam Ahmad a.s. telah berlaku kezaliman terhadap
umat Islam di India. Ketika itu, orang-orang Sikh berbangga atas
kedudukan bangsa mereka dalam tampuk pemerintahan di Punjab. Rakyat
tidak mendapat keadilan di bawah pemerintahan Sikh. Seorang hindu
telah mengarang kisah mengenai nasib rakyat di bawah pemerintahan
Sikh, katanya : “Pada waktu itu adalah kebinasaan yang hebat,
setiap orang Sikh menganggap diri mereka raja. Dimana ada kekacauan,
perniagaan akan musnah. Penyamun menjadi-jadi dan setiap rakyat susah
memikirkan untuk menjaga jiwa dan harta bendanya.” (Waqiat
Hindu, Hal 92).
Bagi orang Islam, mereka dilarang untuk melaungkan azan, dilarang
membaca Quran dengan suara yang keras, orang Islam yang bijak pandai
dibunuh, wanita-wanita Islam diganggu dan banyak masjid diubah
menjadi Gurdwarah (rumah ibadat Sikh). Apabila kerajaan Inggeris
menjajah India, rakyat tidak lagi mengalami kesusahan seperti dibawah
pemerintahan Sikh kerana kerajaan Inggeris memberikan kebebasan
kepada siapa saja untuk mengamalkan ibadat masing-masing. Orang hindu
dan Islam masing-masing dapat mengamalkan ibadat tanpa gangguan
seperti yang dialami ketika pemerintahan Sikh. Laungan azan dapat
dilaungkan, Quran boleh dibaca dengan suara keras, harta benda dan
kehormatan manusia terpelihara dan orang Islam bebas berdakwah.
BERTERIMA
KASIH KEPADA INGGERIS
Rasulullah
s.a.w berterima kasih kepada Raja Habsyah kerana memberikan
perlindungan terhadap pengikutnya. Ini bererti umat Islam di India
juga harus berterima kasih kepada Inggeris yang telah membebaskan
mereka daripada kezaliman sikh. Berterima kasih terhadap pemerintah
yang memeri kebebasan dalam soal agama adalah sangat dituntut dalam
Firman Allah swt dan Sabda-sabda Nabi s.a.w serta para sahabatnya.
Allah
berfirman : “ Tiada balasan bagi kebajikan melainkan kebajikan juga
(Ar-Rahman
, 55:61)
Sabda
Rasulullah s.a.w : “Orang-orang yang tidak berterima kasih kepada
manusia, sebenarnya mereka tidak berterima kasih kepada Allah swt”
(Ahmad
bin Hanbal dan At-turmudzi)
Hz
Ibnu Abbas berdabda : “Jika Firaun berbuat baik kepada saya,
sungguh saya akan berterima kasih kepadanya” (Al-Aqdul
Farid, Juz 1, Halaman 140).
![]() |
| Gambar Hiasan |

Comments
Post a Comment